PUTRAJAYA – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin rebah secara tiba-tiba semasa Perhimpunan Bulanan warga Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra pagi ini.
Majlis itu dihadiri Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di Bangunan Perdana Putra pagi tadi.
Kejadian berlaku sekitar 8.40 pagi iaitu 10 minit selepas Dr Mahathir berucap menyampaikan amanat kepada warga kakitangan JPM.
Hanipa yang bersama di atas pentas tiba-tiba rebah dari pentas setinggi setengah meter.
Pasukan Paramedik Angkatan Pertahanan Awam (APAM) yang berada di lokasi bergegas ke arah beliau dan memberi rawatan kecemasan.
Beliau kemudian dikejarkan ke hospital.
Ahli Parlimen Sepang itu pernah rebah di Parlimen pada tahun 2016, sebelum menjalani pembedahan akibat pendarahan dalam otak. – MalaysiaGazette