Home Utama Perkasakan sekolah tahfiz bukan tutup

Perkasakan sekolah tahfiz bukan tutup

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (tengah) bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pergerakan Pemuda UMNO sambil diiringi Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan (kiri) di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 09 JULAI 2018
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (tengah) bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pergerakan Pemuda UMNO sambil diiringi Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan (kiri) di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 09 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diharap meneruskan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara dengan menangani sebarang kelemahan yang ada dan bukannya menutup sistem pendidikan itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan gesaan agar sekolah tahfiz ditutup kerana kononnya tidak memberikan masa depan kepada generasi baharu Islam adalah amat dikesali.

“Dasar Pendidikan Tahfiz Negara telah digubal oleh kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) dengan matlamat melahirkan seramai 125,000 huffaz profesional dalam tempoh 30 tahun, huffaz profesional ini bukan sahaja berupaya menghafal 30 juzuk al-Quran, tetapi pada masa yang sama dapat menguasai pelbagai disiplin ilmu serta kemahiran teknikal.

“Pemuda UMNO meminta kerajaan Pakatan Harapan agar meneruskan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara ini, sekiranya ada kelemahan dalam dasar berkenaan, kerajaan PH boleh memperkasakannya dan bukannya menutup sekolah tahfiz,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pemuda UMNO selepas Pemilihan UMNO 2018 lalu di Menara Dato’ Onn hari ini.

MGF09072018_MESYUARAT EXCO PEMUDA_14
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (tengah) bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pergerakan Pemuda UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 09 JULAI 2018

Beliau mengulas cadangan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin supaya kerajaan menutup sekolah tahfiz yang disifatkan terlalu radikal, namun cadangan itu ditolak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, semalam.

Dalam isu berbeza, Pemuda UMNO membantah pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang bersifat perkauman kerana ia akan menjejaskan usaha dalam membina negara bangsa.- MalaysiaGazette