Home Dunia Harga minyak dunia melonjak

Harga minyak dunia melonjak

SINGAPURA – Harga minyak dunia melonjak selepas menamatkan sesi dagangan lebih tinggi hari ini berikutan halangan pengeluaran di Kanada yang berlarutan sehingga September ini, selain sekatan terhadap Iran dan kejatuhan pengeluaran di Libya.

Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat naik AS$0.05 kepada AS$73.85 setong. Brent melonjak sebanyak AS$0.96 kepada AS$78.07.

“Kami terus menyaksikan pasaran minyak disokong, dengan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap sekatan ke atas Iran sekarang, Eropah dan Korea akan mengurangkan pembelian mereka kepada hampir sifar,” kata Andrew Lipow, Presiden Lipow Oil Associates.

Amerika Syarikat mahu mengurangkan eksport minyak dari Iran, pengeluar kelima terbesar dunia, hingga sifar menjelang November.

Ia sekaligua akan mendorong pengeluar besar lain untuk mengepam minyak lebih banyak.

“Terdapat kebimbangan bahawa kenaikan pengeluaran minyak dari Arab Saudi dan Rusia – mungkin sudah cukup untuk mengimbangi – bukan hanya pengeluaran Iran-tetapi juga bekalan gangguan yang kita lihat dari Libya, Nigeria dan Kanada,” kata Lipow.

Di Kanada, berlaku gangguan bekalan minyak sebanyak 360,000 tong sehari menyebabkan aliran menurun ke Cushing, Oklahoma, titik penghantaran untuk niaga hadapan Amerika Syarikat.

Pengeluaran minyak Libya telah susut lebih daripada separuh sejak lima bulan dengan kejatuhan 527,000 tong sehari, kata peneraju National Oil Corporation, Mustafa Sanalla.

“Esok mungkin kurang dan hari keesokannya akan jatuh lagi,” kata Sanalla,” katanya. – MalaysiaGazette