PUTRAJAYA – Selepas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin rebah secara tiba-tiba semasa Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siap sedia menyediakan paramedik dalam sidang medianya hari ini.
Sebelum ini hanya para wartawan dan jurugambar sahaja yang dibenarkan menghadiri sidang media bersama Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa kehadiran pihak lain.
Dr Mahathir hari ini hadir ke SPRM bagi mendengar sesi taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah, di lbu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sejumlah 160 ahli Parlimen PH hadir dengan diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan barisan Kabinet.
Program khusus bagi Anggota Pentadbiran Kerajaan dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan ini adalah julung kali diadakan dan mengumpulkan hampir kesemua Ahli Parlimen dalam Pakatan Harapan.
Majlis ini juga merupakan kali pertama taklimat diadakan sejak Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). -MalaysiaGazette
itulah isyarat yang patut diambil tindakan segera . para medic dan pakar patut bersedia disebarang tempat bila majlis berlangsung. orang muda pun bolih rebah apa tah lagi orang tua . stand by lah