NEW DELHI – Anggota polis bantuan di India diberi kata dua – kurangkan berat badan atau digantung perkhidmatan mereka.
Ketua Polis Rizab Karnataka berkata, tindakan itu dilakukan kerana jumlah anggota polis yang obes meningkat dan keadaan itu membimbangkan.
Ia susulan lebih 100 orang anggota polis sejak 18 bulan lalu disebabkan masalah kesihatan yang berpunca daripada gaya hidup.
Bhaskar Rao berkata, pihak polis akan membantu anggotanya yang mahu mengubah gaya hidup dan diet.
Katanya, jumlah anggotanya seramai 14,000 dan kerap diperlukan bagi acara-acara besar dan terlibat dalam kawalan keganasan seperti tunjuk perasaan.
Setakat ini, pihaknya telah mengenal pasti anggota polis yang obes dan menetapkan jadual senaman untuk mereka.
“Kami sudah mula memantau pengambilan gula dan aspek kesihatan lain sejak enam bulan lalu.
“Mereka yang gagal menjaga tahap kesihatan akan dibuang atau digantung perkhidmatannya,” kata beliau. – MalaysiaGazette