Home Sukan Kemenangan untuk ‘budak gua’, kata Pogba

Kemenangan untuk ‘budak gua’, kata Pogba

Paul Pogba mendedikasikan kemenangan Perancis layak ke perlawanan akhir Piala Dunia 2018 khas untuk 13 orang mangsa yang berjaya diselamatkan dari terperangkap di gua di Thailand.
Paul Pogba mendedikasikan kemenangan Perancis layak ke perlawanan akhir Piala Dunia 2018 khas untuk 13 orang mangsa yang berjaya diselamatkan dari terperangkap di gua di Thailand.

SAINT PETERSBURG, RUSIA – Sebaik Perancis layak perlawanan akhir Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Belgium pagi tadi, kaptennya Paul Pogba mendedikasikan kemenangan itu khas untuk seramai 13 orang mangsa yang berjaya diselamatkan dari terperangkap di gua di Thailand.

Penghargaan itu dimuatnaik di laman Instagram milik pemain Manchester United itu sejurus perlawanan berakhir.

Dalam perlawanan tersebut, aksi luar biasa pemain tengah itu turut mendapat pujian pengurus United, Jose Mourinho.

“Saya fikir prestasi yang sangat baik oleh Pogba. Pogba matang, beliau bermain dengan kematangan apabila beliau terpaksa menggalas jawatan dan mengawal permainan,” kata Mounrinho selepas Perancis menewaskan Belgium dengan keputusan 1-0.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps juga memuji Pogba yang menyerlah di bahagian tengah sambil menyifatkannya sebagai pemain paling penting dalam pasukan. – MalaysiaGazette