Home Nasional Beri sokongan kepada pesakit mental

Beri sokongan kepada pesakit mental

Anita Abu Bakar (dua kiri) semasa sidang media mengenai senario masalah penyakit mental di Malaysia, turut hadir penyanyi, Haqiem Rusli (dua kiri) di Pejabat MIASA, Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 11 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diajak supaya memberi sokongan moral kepada pesakit-pesakit mental dan jangan sesekali mengabaikan mereka.

Kerjasama itu dapat membendung peningkatan jumlah pesakit mental di negara ini.

Presiden Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA), Anita Abu Bakar berkata, penyakit mental ini amat serius kerana ia menyebabkan pesakit mengalami kemurungan pada tahap maksimum hingga boleh ke peringkat  membunuh diri.

Menurutnya, statistik Organisasi Kesihatan Dunia(WHO) setiap tahun seramai sejuta orang membunuh diri dan dijangka setiap 40 saat bagi setiap kes bunuh diri menjelang tahun 2020.

Tambahnya, tahun ini sahaja MIASA telah membantu 500 orang yang telah didiagnos sebagai pesakit mental.

Jumlah itu tidak termasuk laporan daripada platform media sosial (i.e. Facebook dan Twitter),” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurut Anita, jumlah pesakit semakin meningkat ini menjadi petunjuk betapa seriusnya masalah itu. – MalaysiaGazette

+ posts