Bagi mengimbangi perkhidmatan e-hailing, kerajaan mengambil pendekatan untuk mengawal selia perkhidmatan tersebut mulai esok.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, kawal selia itu akan dapat memastikan industri teksi dan e-hailing dapat bersaing secara sihat dalam landasan yang betul.
“Bagi memberikan kesaksamaan kepada industri teksi, e-hailing perkhidmatan akan dikawal selia oleh Kerajaan bermula 12 Julai 2018 melalui Akta PAD (Pindaan) 2017 dan Akta LPKP (Pindaan) 2017.
“Dengan Akta ini, e-hailing syarikat mesti berdaftar dengan SPAD sebagai Perniagaan Pengantaraan dan perlu membayar fi yang ditetapkan,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.
SHOW LESS
Add a public comment…
YB. Ada satu lagi e-hailing selain grab car. MY CAR dah mula operasi di lembah klang. Sila siasat YB.
1 Comment