Home Dunia Salad McDonald’s cetus jangkitan cyclospora

Salad McDonald’s cetus jangkitan cyclospora

IOWA – Jabatan Kesihatan Iowa dan Illinois sedang menyiasat jangkitan cyclospora yang dikaitkan dengan salad di restoran McDonald Corp.

Menurut Jabatan Illinois berkata, pihaknya menerima kira-kira 90 kes manakala Iowa pula merekodkan 15 kes.

Pada kira-kira satu perempat daripada kes Illinois melaporkan mangsa makan salad dari McDonald’s pada hari sebelum mereka sakit.

McDonald’s, rangkaian restoran terbesar di dunia melalui satu kenyataannya berkata, ia sudah berhubung dengan pihak berkuasa kesihatan awam di kedua-dua negeri.

McDonald’s juga secara sukarela berhenti menjual salad di sekitar 3,000 restoran di Amerika Syarikat sehingga ia boleh mendapat pembekal salad yang lain.

Rangkaian restoran makanan segera itu juga sedang memantau situasi dan sedia bekerjasama dengan dengan jabatan kesihatan negeri dan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Parasit, cyclospora cayetanensis, menjangkiti usus kecil, biasanya menyebabkan cirit-birit dan kadang-kadang menyukarkan pernafasan.

Wabak itu tersebar dengan meminum, makanan atau air yang tercemar dengan najis dan tidak langsung dengan orang lain.

Beberapa wabak itu telah berlaku di Amerika Syarikat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya pada musim panas, membabitkan hasil segar yang diimport termasuk raspberi, kemangi, kacang salju, dan salad. – MalaysiaGazette