Home Ekonomi Ekonomi Singapura berkembang perlahan 3.8% suku kedua

Ekonomi Singapura berkembang perlahan 3.8% suku kedua

Pelabuhan Singapura

SINGAPURA – Ekonomi Singapura berkembang 3.8 peratus pada suku kedua berbanding unjuran 4.1 peratus.

Pertumbuhan ekonomi Singapura perlahan pada suku kedua berikutan penyusutan dalam sektor pembuatan dan ketegangan perdagangan Amerika Syarikat dan China memburukkan lagi prospek negara-negara yang bergantung kepada perdagangan.

Keluaran Dalam Negara Kasar berkembang 1.0 peratus pada suku kedua berbanding tiga bulan sebelumnya berdasarkan asas tahunan, kata Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Singapura.

Ekonomi merosot daripada pertumbuhan 4.3 peratus yang disemak semula pada suku pertama Januari-Mac.

Sektor pembuatan dan eksport elektronik merupakan salah satu pemacu pertumbuhan utama Singapura tahun lalu.

Walau bagaimanapun, penurunan eksport elektronik selama enam bulan berturut-turut telah menimbulkan persoalan mengenai permintaan keseluruhan dalam sektor ini.

Awal bulan ini, Pihak Berkuasa Monetari Singapura memberi amaran terhadap risiko prospek pertumbuhan global meningkat disebabka ketegangan dalam perdagangan dan kenaikan inflasi.

Bulan Mei lalu, MTI mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Singapura berkembang antara 2.5 peratus hingga 3.5 peratus berbanding 3.6 peratus pada tahun lalu, kadar paling pantas dalam tempoh tiga bulan. – MalaysiaGazette