STAMFORD BRIDGE – Chelsea telah memecat pengurusnya, Antonio Conte berkuatkuasa serta merta.
Pemecatan itu bagi memberi laluan kepada Maurizio Sarri untuk mengambil alih kepimpinan skuad the Blues.
Conte sebelum ini enggan meningggalkan stamford Bridge kecuali kontraknya yang sudah memasuki musim terakhir bersama Chelsea dibayar dengan pampasan kewangan sepenuhnya.
Bekas pengurus Itali dan kelab Serie A Juventus itu menunggu sejak menjulang Piala FA Emirates May lalu untuk menyelesaikan krisis yang menyelubungi dirinya.
Namun kesukaran Chelsea untuk mengikat khidmat Sarri dari Lazio melambatkan proses pengambilalihannya.
Chelesea dijangka mengumumkan pelantikan Sarri sebagai pengurus baharu kelab itu bila bila masa dari sekarang.
Kehadiran Sarri juga akan disusuli dengan pemain tengah Napoli, Jorginho dengan yuran perpindahan berjumlah £57.5 juta (RM306 juta) selepas berjaya memujuk Pengerusi Napoli Aurelio Laurentiis untuk melepaskan jurulatih berusia 59 tahun itu daripada kontraknya.
Pada Mei lalu, Napoli melantikm Carlo Ancelotti untuk menggantikan Sarri sebagai memberi laluan kepada Sarri mengambil alih tugas baharu bersama kelab England.
Situasi berkenaan juga menyebabkan Eden Hazard dan Thibaut Courtois secara terbuka memaklumkan mereka tidak akan menyambung kontrak selagi tidak diberi penjelasan mengenai rancangan musim panas kelab itu.
Chelsea tidak akan beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah musim ini setelah menamatkan saingan EPL di tempat kelima musim lalu. – MalaysiaGazette.