CHINA- Seramai 19 orang disahkan maut dalam letupan di kilang kimia yang dimiliki oleh Teknologi Yibin Hengda semalam.
Letupan kilang kimia yang terletak di taman perindustrian daerah wilayah Sichuan China ini mengakitbatkan 12 orang turut cedera, penyataan berita agensi Xinhua.
Menerusi Agensi berita Xinhua , asap dari kilang kimia itu dilihat orang ramai semasa waktu menjelang petang semalam.
Punca letupan kilang pembuatan bahan kimia bagi industri makanan dan farmaseutikal ini belum diketahui lagi oleh pihak berkuasa.
Menurut agensi berita, pihak polis masih menyiasat akibat kejadian.- MalaysiaGazette