Home Dunia 12 orang cedera dalam letupan tangki minyak

12 orang cedera dalam letupan tangki minyak

KAHERAH – Seramai 12 orang cedera dalam letupan sebuah kilang kimia yang terletak di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah di sini semalam.

Tahap kecederaan kesemua mangsa masih belum dapat dikenalpasti, kata pasukan keselamatan kepada agensi berita MENA.

Menurut jurucakap tentera pula, punca kejadian dipercayai bermula daripada letupan tangki minyak akibat tekanan suhu yang terlau tinggi.

Kolonel Tamer al-Rifai berkata, kilang berkenaan tidak mendedahkan identiti pemilik premis terbabit.

Anggota bomba di tempat kejadian berkata, keadaan kini terkawal.- MalaysiaGazette