Home Ekonomi Kafe De Asia mahu setaraf Starbuck

Kafe De Asia mahu setaraf Starbuck

Kafe De Asia akan dibuka kepada orang ramai awal tahun depan.
Kafe De Asia akan dibuka kepada orang ramai awal tahun depan.

PUNCAK ALAM – Empat tahun menceburi dunia perniagaan minuman kesihatan, De Asia Dreams Care Solutions (De Asia) bakal memperkenalkan kafe dan kiosk sendiri bermula awal tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif De Asia, Muhamad Al-Fizan Mat Rodi berkata, sebagai pengenalan, kafe yang dikenali Kafe De Asia di ibu pejabat di sini akan dijadikan projek percubaan.

Jelas beliau, kafe projek itu bertujuan memperkenalkan konsep perniagaan baharu itu kepada pengedarnya yang datang berurusan setiap hari.

Katanya, kafe berkonsepkan santai yang boleh memuatkan seramai 40 orang dalam satu-satu masa itu bagi memberi peluang untuk menikmati minuman keluaran syarikat, De Asia White Coffee.

224B0761
Ketua Pegawai Eksekutif De Asia, Muhamad Al-Fizan Mat Rodi

“Kami ingin menjadikan Kafe De Asia seperti Starbuck iaitu tempat orang datang minum kopi dalam suasana santai sambil melakukan urusan peribadi.

“Kami akan menghidangkan minuman Kopi De Asia bersama makanan ringan sebagai tarikan utama untuk datang berulang-kali,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian ibu pejabat syarikat dan sambutan hari raya bersama pengedarnya dari seluruh negara  di sini baru-baru ini.

Majlis perasmian pejabat itu disempurnakan oleh ibu Muhamad Al-Fizan, Lela Zali, 51, bersama rakan niaganya.

224B0790
Kafe De Asia mahu mengikut konsep Starbuck.

Muhamad Al-Fizan menambah, syarikat akan membuka peluang kepada pengedarnya untuk menceburi bidang perniagaan kafe dengan modal pelaburan berjumlah RM30,000.

Kata beliau, bagi kiosk di pusat beli-belah atau pasar raya besar, modal pelaburan yang diperlukan berpatutan iaitu RM1,500 sebuah.

“Kami menyasarkan untuk membuka sebanyak 30 kios pada tahun depan, namun ia bergantung kepada permintaan daripada usahawan dan pengedar untuk menceburinya.

“Syarat untuk menjadi usahawan kafe dan kios kami amat mudah apabila perlu menjadi pengedar, mengambil stok kopi dari kami dan mengikut konsep dan rekaan kafe serta kios yang ditetapkan syarikat,” jelas beliau.

Konsep kafe yang santai dan mendamaikan.
Konsep kafe yang santai dan mendamaikan.

Mohamad Al-Fizan meluahkan keyakinan terhadap konsep perniagaan baharu itu memandangkan keahlian syarikat De Asia kini berjumlah 10,000 orang di seluruh negara.

White Coffee merupakan satu-satunya produk De Asia yang menggunakan biji kopi beraroma Arabica dari Indonesia dan melalui pemprosesan serta pembungkusan di pusat operasi di Puncak Alam

Kopi itu diadun bersama sembilan kandungan rahsia termasuk enam herba terpilih yang memberikan rasa lazat berkrim, selain aroma sangat wangi dan menenangkan.

Kopi ini tinggi kandungan anti-oksida dan dapat bekalkan tenaga serta bantu sistem dalaman tubuh.

Ketika ini, jualan produk itu sebanyak 30,000 kotak sebulan. – MalaysiaGazette

Modal RM30,000 hanya diperlukan untuk membuka Kafe De Asia.
Modal RM30,000 hanya diperlukan untuk membuka Kafe De Asia.