Home Kembara Kembara misi kemanusiaan Anita Ride tiba di Sabah

Kembara misi kemanusiaan Anita Ride tiba di Sabah

KUALA LUMPUR – Kembara motosikal berkuasa tinggi bagi misi kemanusiaan kelab Anita Borneo Ride 2018 kini telah tiba di Borneo.

Presiden kelab berkenaan, Anita Yusop berkata, ketibaan mereka di Negeri Di Bawah Bayu itu disambut kumpulan pengiring bikers Persatuan Kelab Motosikal Berkuasa Besar Sabah.

Katanya, mereka akan mengiringi pengembaraan kelabnya sepanjang berada di sana hingga Khamis depan.

“Kembara kemanusiaan yang bertemakan
menunggang berhati-hati sambil memelihara alam sekitar ini telah mendapat kerjasama oleh Hotel Grand Borneo di Kota Kinabalu.

Tambah beliau, motosikal kumpulan konvoi itu telah dibawa dengan menggunakan kapal laut oleh Pos Logistik Malaysia.

Katanya lagi, beberapa persatuan motosikal berkuasa tinggi dari Sabah turut serta dalam misi kemanusiaan tersebut.

Ujarnya, pelbagai program turut diatur pada program itu termasuk pemberian sumbangan kepada beberapa persatuan dan pertubuhan.

Kelab bermotosikal Anita Bikers telah memulakan penegembaraan pada Khamis lepas.

Majlis pelancaran misi kembara itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Izham Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah. – MalaysiaGazette