FRANKFURT – Seramai 33 orang penumpang Ryanair mengalami pendarahan telinga selepas pesawat yang dinaiki mengalami kekurangan tekanan.
Ketika kejadian pesawat FR7312 dalam penerbangan dari Dublin ke Zadar, Croatia dan terpaksa membuat pendaratan cemas di Frankfurt.
Ia membawa 189 penumpang.
Syarikat penerbangan itu berkata, topeng oksigen telah dijatuhkan dan anak kapal berjaya mengawal penurunan pesawat.
Pesawat itu turun 8,000 meter (26,000 kaki) dari 11,300 meter kepada 3,000 meter dalam masa tujuh minit, menurut Flight Radar.
Kesemua penumpang yang mengalami pendarahan itu dikejarkan ke hospital dan tidak mahu meneruskan penerbangan, kata polis Jerman. – MalaysiaGazette