Home Dunia Wanita Arab Saudi peluk penyanyi lelaki ditangkap

Wanita Arab Saudi peluk penyanyi lelaki ditangkap

Seorang wanita Arab Saudi ditahan ketika memeluk seorang penyanyi lelaki. foto Gulf News

RIYADH – Seorang wanita Arab Saudi ditahan selepas bertindak meluru ke atas pentas dan memeluk seorang penyanyi lelaki semasa konsert berlangsung.

Insiden itu berlaku semasa Majid al-Mohandis sedang mengadakan persembahan di sebuah festival di bandar Taif barat.

Video yang tular menunjukkan wanita berkenaan memegang Mohandis sementara kakitangan keselamatan cuba menariknya beliau.

Wanita Arab Saudi tidak dibenarkan berkelakuan tidak senonoh termasuk bergaul dengan lelaki yang bukan muhrim di khalayak.

Mohandis tidak mengulas mengenai kejadian itu.

Penyanyi kelahiran Iraq, yang mempunyai kewarganegaraan Arab Saudi meneruskan persembahannya selepas kejadian tersebut. – MalaysiaGazette