Home Politik Khaled minta Presiden UMNO jelaskan pelantikan beliau

Khaled minta Presiden UMNO jelaskan pelantikan beliau

Khaled
Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap Presiden UMNO dapat memberi penjelasan berhubung pelantikannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.

Naib Presiden UMNO itu meminta penjelasan berhubung perkara tersebut dapat dibuat segera kerana pelantikannya mengundang banyak persoalan dalam kalangan UMNO Perlis.

“Harapan saya ialah pencerahan dari Presiden akan segera dapat dilakukan
agar tidak tertangguh lagi usaha pembaharuan UMNO pasca pilihanraya umum
ke 14,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau yang merakamkan terima kasih kepada Presiden UMNO di atas kepercayaan yang diberikan turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Ir Hasni Mohamad yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor.

Khaled turut menyeru agar semua ahli dan pendukung UMNO Johor memberi kerjasama dan komitmen yang lebih baik lagi Hasni.

“Saya yakin beliau mempunyai iltizam dan perancangan tersendiri bagi membawa UMNO Johor menjadi lebih baik, diyakini dan dihormati,” tambahnya sambil mengajak semua pemimpin parti bekerja dengan segera untuk membangunkan parti berkenaan.

“Insya-Allah melalui dukungan semua pihak, kita akan dapat mencari ikhtiar terbaik untuk menjadikan UMNO sebagai sebuah gerakan politik orang Melayu yang kuat, dihormati dan berupaya untuk memberikan sebanyak mungkin kebaikan kepada semua,” ujarnya. – MalaysiaGazette