Home Utama PM sahkan Mohamad Ariff Speaker Dewan Rakyat

PM sahkan Mohamad Ariff Speaker Dewan Rakyat

Mohamad Arif Mohd. Yusof
KUCHING – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi mengesahkan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.

“Kita telah memilih dan akan diumumkan segera beliau ialah seorang bekas hakim. Ya.. beliau ialah Datuk Mohamad Ariff Md Yusof,” katanya ringkas kepada pemberita disini hari ini.

Terdahulu Dr Mahathir menghadiri taklimat tertutup pembangunan Sarawak yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan barisan Menteri-menteri  Kabinet negeri. — BERNAMA