Home Dunia 2 wartawan Reuters siasat pembunuhan Rohingya dibicara hari ini

2 wartawan Reuters siasat pembunuhan Rohingya dibicara hari ini

Wa Lone (kiri) dan Kyaw Soe Oo. foto Agensi

YANGON – Dua wartawan Reuters yang dipenjarakan di Myanmar kerana dituduh mendapatkan dokumen rahsia negara akan memberi keterangan di mahkamah mulai hari ini (16 Julai).

Wartawan Wa Lone, 32, dan Kyaw Soe Oo, 28, telah didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi era kolonial

Mereka yang berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 14 tahun mengaku tidak bersalah atas dakwaan tersebut.

Wa Lone dan Kyaw Soe Oo akan memberi keterangan pada Isnin dan Selasa – buat kali pertama sejak ditahan pada Disember 2017.

Perbicaraan itu menarik perhatian global kerana kedua-dua mereka berpeluang memberitahu cerita daripada pihak mereka.

Wa Lone dan Soe Oo ditahan ketika melakukan penyiasatan berhubung pembunuhan 10 orang Rohingya di Rakhine.

Pembunuhan itu berlangsung ekoran tindakan keras tentera terhadap komuniti Rohingya.

Kejadian itu menyebabkan kira-kira 700,000 orang Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Perbicaraan dijangka mengambil masa beberapa minggu lagi dan keputusan dijangka sewal bulan depan. – MalaysiaGazette