SEOUL – Lima terbunuh selepas sebuah helikopter terhempas di pangkalan marin di Pohang.
Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata, helikopter itu terbakar sebaik sahaja ia terhempas dari ketinggian 10 meter di udara.
Bagaimana identiti juruterbang dan penumpang masih belum didedahkan.
Seorang mangsa berjaya diselamatkan dan diberi rawatan di hospital.
Helikopter itu dikatakan sedang menjalani percubaan selepas dibaiki. – MalaysiaGazette