Home Ekonomi Lapor kepada CIO jika wujud salah laku urus niaga – Prasarana

Lapor kepada CIO jika wujud salah laku urus niaga – Prasarana

Prasarana

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengarah Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) mengarahkan pengurusan kanan syarikat itu melaporkan salah laku atau sebarang urus niaga yang menimbulkan keraguan kepada Ketua Pegawai Integriti (CIO) Kumpulan untuk siasatan lanjut.

CIO berkenaan adalah seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipinjamkan ke Prasarana.

“Lembaga Pengarah Prasarana sekali lagi menegaskan komitmen kami di dalam memastikan integriti semasa menjalankan urusan perniagaan.

“Prasarana telah memulakan usaha untuk mengurangkan usaha untuk mengurangkan kos projek LRT3, sebagai tambahan kepada penstrukturan semula pasukan pengurusan projek berkenaan sejak Februari 2018,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, Prasarana gembira dengan keputusan Kementerian Kewangan yang bersetuju untuk meneruskan projek LRT3 demi manfaat kepada rakyat.- MalaysiaGazette