
LONDON – Chelsea sedang berusaha untuk ‘hijack’ penjaga gol Brazil Alisson daripada Liverpool menjelang musim Liga Perdana Inggeris 2018/19.
The Blues yang menerima pengurus baharu Maurizio Sarri dikatakan bersedia meletakkan tawaran berjumlah £65 juta (RM345 juta) untuk bintang Kelab AS Roma itu.
Jika mereka berjaya, ia akan memberi laluan mudah kepada penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois menyertai Real Madrid dalam beberapa hari lagi.
Liverpool dikatakan semakin menghampiri untuk khidmat Alisson dengan tawaran berjumlah £62 juta.
Bagaimanapun Chelsea yang tidak mahu menyerah kalah dalam misi itu telah menggunakan pengaruh kuat Sarri di Stamford Bridge untuk mengikat pemain itu secepat mungkin daripada ‘dilarikan’ the Kops.
Maurizio sudah menandatangani pemain baharu Jorginho daripada bekas kelabnya Napoli.
Tetapi adalah menjadi kebiasaan untuk Chelsea memberi kejutan pada saat akhir dalam setiap jendela perpindahan pemain beberapa musim sebelum ini.
Courtois sudah lama disasarkan Real Madrid dan pemain itu secara terbuka pernah meluahkan hasratnya kembali ke Sepanyol suatu hari nanti.- MalaysiaGazette