Home Nasional Dewan Rakyat kosong: Khairy cadang mesyuarat Kabinet Jumaat elak ganggu sidang

Dewan Rakyat kosong: Khairy cadang mesyuarat Kabinet Jumaat elak ganggu sidang

Berikutan keadaan Dewan Rakyat yang kosong, Khairy Jamaluddin mencadangkan supaya mesyuarat Kabinet diadakan pada Jumaat di mana pada hari tersebut Parlimen tidak bersidang.

KUALA LUMPUR – Beberapa ahli Parlimen pembangkang membangkitkan suasana Dewan Rakyat yang kosong di blok kerajaan selepas sesi membahaskan usul titah ucapan diraja disambung semula pukul 2.30 petang.

Bermula daripada tempat duduk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sehinggalah barisan pertama wakil kerajaan kosong.

“Pukul 3.14pm..Dewan Rakyat sedang bersidang..TAPI BENCH KERAJAAN KOSONG…”, kata Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa di lama Twitter.

Twitter Tan Sri Annuar Musa
Twitter Tan Sri Annuar Musa

Status sama turut dimuatnaik Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian).

Beliau secara jelas bertanya dimana semua Menteri dan Timbalan Menteri kerajaan tatkala sidang sedang berdebat isu penting.

“Jam 4ptg, Khamis. Sidang hari ini tamat 5.30ptg.

“Mana pergi Menteri & Timbalan Menteri Kjaan #PH?

tokmat baruu

Dulu mereka pernah tanya, mengapa kami selalu tidak penuhi masa dlm #DewanRakyat? Nampaknya mereka tak sehebat mana pun. Harap ada perubahan lepas ini. Perlu ada giliran yg bertugas,” katanya.

Ahli Parlimen Barisan Nasional Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut memuatnaik perihal dewan kosong ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membahaskan usul tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau difahamkan yang mesyuarat Kabinet berlangsung hari ini menyebabkan dewan rakyat kosong.

Khairy mencadangkan supaya mesyuarat Kabinet diadakan pada Jumaat ketika Parlimen bersidang bagi membolehkan menteri dan timbalan menteri hadir sesi Dewan Rakyat.

“Saya difahamkan para Menteri ada mesyuarat Kabinet hari ini. Saya cadangkan kepada PM @chedetofficial supaya mesyuarat Jemaah Menteri diadakan pada hari Jumaat sewaktu dewan bersidang untuk menghormati urusan Parlimen.

“Ini juga amalan kerajaan dahulu. Apabila Parlimen bersidang, mesyuarat Jemaah Menteri dibuat pada hari Jumaat (Parlimen tidak bersidang pada hari Jumaat). Bila parlimen tidak bersidang, Kabinet boleh bermesyuarat semula pada hari Rabu mengikut convention,” katanya.  – MalaysiaGazette