TERKINI : “Pakatan Harapan Perlu Belajar Lagi Jadi Kerajaan” – Zahid Hamidi

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) perlu belajar lagi untuk menjadi kerajaan di masa akan datang. Menurut beliau, PH sudah menjadi kerajaan dan jangan terbawa-bawa sikap pembangkang yang telah lama menjadi darah daging mereka selama ini.

“Saya rasa mereka perlu belajar lagi untuk jadi kerajaan dalam melaksanakan aturan mesyuarat (dalam Dewan Rakyat). “(Ahli Parlimen) mereka patut belajar lagi, jangan terus menyampuk,” katanya kepada media selepas selesai sesi sidang Dewan Rakyat hari ini.