Kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara bagi mengambil langkah-langkah tertentu dalam mengatasi isu kelalaian melibatkan pengasuh kanak-kanak.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, banyak perkara melibatkan kelompongan undang-undang berhubung perkara itu perlu digubal dan diperketatkan.
“Saya dah minta kementerian saya untuk mendapatkan butir-butir lanjut bukan saja satu kes tapi bagaimana kita nak halang kes-kes ini daripada berlaku lagi,” katanya.