Home Utama Contohi Tun M makan segenggam nasi

Contohi Tun M makan segenggam nasi

imbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzim (tengah) bersama Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar bergambar kenangan dengan barisan penaja pada Program 'Dont Waste Food The Concert 2018' di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur, Cheras. foto FAREEZ FADZIL, 22 JULAI 2018
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzim (tengah) bersama Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar bergambar kenangan dengan barisan penaja pada Program 'Dont Waste Food The Concert 2018' di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur, Cheras. foto FAREEZ FADZIL, 22 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani akan terus meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat agar budaya pembaziran makanan dapat dihentikan.

Timbalan menterinya, Sim Tze Tzin berkata, rakyatnya sepatutnya menghargai makanan dengan mengambil kuantitinya dalam keadaan yang perlu sahaja.

Jelas beliau, pengambilan makanan yang mengikut keperluan telah lama diamalkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Perdana Menteri contoh individu yang tidak membazir makanan apabila hanya mengambil segenggam nasi sahaja.

“Amalan itu adalah rahsia beliau masih sihat dan umur panjang sehingga sekarang.

“Selain itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga seorang yang mementingkan kesihatan apabila sentiasa menegur mana-mana pemimpin yang semakin berisi dengan menasihati agar mengawal gaya pemakanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konsert Don’t Waste Food 2018 di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaafar.

Konsert yang pertama kali dianjurkan itu dikelolakan oleh Mardi, Zahid Ahmad Production, Kelab Sahabat Yang Mulia Tengku Muhamad dan Awal Kurnia Resources.

Tze Tzin menambah, kempen program pendidikan yang berkesan harus giat dijalankan supaya masyarakat mengambil serius masalah yang semakin membimbangkan ini.

“Perubahan perlu bermula dari dalam diri terlebih dahulu, masyarakat harus sedar bahawa makan secara berlebihan itu membahayakan kesihatan dan budaya membazir ini mesti dihentikan.

“Contoh masyarakat Cina yang makan lapan menu untuk jamuan makan malam tapi bila sampai menu ke lima sudah kenyang.

“Jadi, baki menu tidak dihabiskan. Jadi mereka boleh meraikan jamuan makan malam tapi kurang kuantiti menu kepada lima sahaja,” katanya. – MalaysiaGazette

+ posts