Home Politik Calon BN dibidas guna politik perkauman dan agama

Calon BN dibidas guna politik perkauman dan agama

Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari bercakap ketika sesi sidang media Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) sempena Pilihan Raya Kecil N.49 Sungai Kandis di Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 34, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 22 JULAI 2018
Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari bercakap ketika sesi sidang media Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) sempena Pilihan Raya Kecil N.49 Sungai Kandis di Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 34, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 22 JULAI 2018

SHAH ALAM- Calon Barisan Nasional (BN),  Datuk Lokman Noor Adam dibidas  oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari kerana menggunakan isu agama dan perkauman semasa berkempen. 

Beliau turut menjangkakan bahawa parti itu sudah terdesak sehingga menggunakan strategi provokasi dan fitnah sebelum hari  Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis 4 Ogos nanti. 

“Apa yang dimainkan Lokman Adam? Mainkan isu agama, isu perkauman sempit.

“Yang pentingnya selepas ini kita turun ke bawah ke lapangan beritahu ke pengundi mereka akan gunakan sentimen agama perkauman memfitnah, politik propaganda dan akan provok kita (Pakatan Harapan),” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan DUN Kandis di sini. 

Justeru Amiruddin berkata, pengundi di DUN tersebut tidak seharusnya terpedaya dengan sentimen simpati yang dimainkan parti itu semasa berkempen.

“Tuan-tuan luan-puan ini bukan soal suara pembangkang, wakil satu atau dua pembangkang dalam politik negeri Selangor tetapi ini soal bagaimana perubahan negara kita.

“Kalau di DUN ini kita buat kesilapan dengan sentimen kasihan dengan BN atau calon Bebas akhirnya kita akan memberi salah maklum balas dengan negara kita,” ujarnya. -MalaysiaGazette