Home Ekonomi Zeti pengerusi baharu Sime Darby Property

Zeti pengerusi baharu Sime Darby Property

KUALA LUMPUR – Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai pengerusi bukan eksekutif dan bukan bebas Sime Darby Property Berhad yang baharu.

Ia sekali gus menjadikan ahli Majlis Penasihat Kerajaan itu sebagai wanita pertama dilantik sebagai pengerusi syarikat tersebut.

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia itu menggantikan Tan Sri Abdul Wahid yang melepaskan jawatan tersebut pada akhir Jun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Amrin Awaludin berkata, syarikat itu berbesar hati dengan pelantikan Zeti.

Zetiadalah Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, entiti pelaburan saham amanah yang terbesar negara, juga memiliki kepentingan dalam Sime Darby Berhad.

Berikutan pelantikan Zeti, kedudukan Rizal Rickman Ramli sebagai pemangku pengerusi dibatalkan.

Rizal adalah pengarah bukan eksekutif dalam lembaga pengarah syarikat tersebut. – MalaysiaGazette