KUALA LUMPUR – Pelakon dan penggiat seni teater, Khalid Salleh meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri di sini hari ini.
Anak bongsu Allahyarham, Mohd Asyiq berkata Allahyarham Khalid, 70, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.20 petang.
“Allahyarham dibawa ke pusat perubatan itu selepas mengadu sesak nafas pada pukul 8 pagi tadi sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Mohd Asyiq, 24, berkata jenazah akan disembahyangkan di Masjid Baru Taman Kosas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas di Ampang sebelum Maghrib. – Bernama