Home Dunia Pyongyang sudah mula rombak kemudahan ujian nuklear

Pyongyang sudah mula rombak kemudahan ujian nuklear

Stesen Pelancaran Satelit Sohae milik Pyongyang. fptp Reuters

WASHINGTON – Korea Utara telah memulakan kerja-kerja merombak kemudahan utama yang digunakan untuk membangunkan enjin peluru berpandu.

Kerja-kerja itu dilihat melalui imej satelit, kata kumpulan pemikir 38 North.

Imej satelit pada 20 Julai lalu menunjukkan kerja-kerja merombak bangunan Stesen Pelancaran Satelit Sohae yang digunakan untuk memasang kenderaan pelancar ruang udara serta tempat ujian enjin roket bagi membina enjin minyak peluru berpandu dan kenderaan pelancaran ruang udara.

Ia merupakan tindakan pertama dilakukan oleh Pyongyang selepas pertemuan dengan Presiden Donald Trump Jun lalu.

“Memandangkan kemudahan-kemudahan ini memainkan peranan penting dalam pembangunan program peluru berpandu antara benua, usaha ini menunjukkan keyakinan terhadap usaha yang dilakukan bagi pihak Korea Utara,” menurut the 38 North dalam laporannya.

Laporan itu dikeluarkan selepas banyak persoaan timbul berhubung komitmen Pyongyang berhubung memusnahkan program nuklearnya.

Dalam pertemuan di Singapura Jun lalu, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un telah berjanji untuk memusnah kawasan ujian enjin peluru berpandu tidak lama lagi.

Meskipun komitmen dilakukan tetapi Pyongyang tidak memberi sebarang perincian bagaimana usaha memusnahkan program nuklearnya akan dilaksanakan.

Pengarah Editor 38 North, Jenny Town berkata, kerja-kerja di Sohae itu penting untuk memastikan rundingan antara Washington dan Korea Utara berjalan.

Jumaat lalu, Amerika Syarikat meminta Jong-un memenuhi janji yang dibuat berhubung program nuklear sambil meminta China dan Rusia terus mengenakan sekatan ke atas Korea Utara sehingga janji-janji dilaksanakan.

Dalam tweet awal pada hari Isnin, Trump menafikan kononnya beliau marah kerana kemajuan tidak berlaku dengan pantas oleh Korea Utara.

“Salah, sangat gembira!” katanya dalam tweet itu.

“Roket tidak dilancarkan oleh Korea Utara dalam tempoh 9 bulan dan tidak ada ujian nuklear, Jepun gembira, semua Asia gembira,” katanya. – MalaysiaGazette