Home Politik Calon PKR tak mahu tumpu isu nasional

Calon PKR tak mahu tumpu isu nasional

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) N.49 Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni bercakap pada sidang media mengenai perkembangan terkini untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 34, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 24 JULAI 2018
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) N.49 Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni bercakap pada sidang media mengenai perkembangan terkini untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 34, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 24 JULAI 2018

SHAH ALAM – Calon PKR, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni tidak mahu menumpukan isu nasional sebaliknya mahu mengutamakan isu-isu tempatan sepanjang kempen PRK DUN Sungai Kandis.

Katanya, beliau memilih untuk mengutamakan aspek pembangunan infrastruktur dan modal insan.

“Ini adalah PRK berkaitan negeri, jadi saya melihat keutamaan kita membangkitkan isu-isu yang setempat yang melibatlan asas infrastruktur dan melibatkan dengan pembangunan modal insan,” katanya pada sidang media hari ini.

Mohd. Zawawi berkata demikian ketika ditanya mengenai isu-isu nasional yang menjad modal politik pesaingnya dari Barisan Nasional (BN),  Datuk Lokman Noor Adam.

Tambah Zawawi, kesejahteraan penduduk sekitar itu lebih penting.

“Supaya mahu rakyat benar-benar dapat kehidupan yang sejahtera dan selamat keadaan yang bersih dan selesa saya tumpuan kepada itu,” tambahnya.

Terdahulu beliau mahu mengadakan Program Bandar dan Desa Selamat khusus untuk mengurangkan kadar jenayah di Sungai Kandis.

Antara usaha yang beliau lihat boleh dilaksanakan jika diberikan mandat adalah pemasangan kamera litar tertutup di kawasan yang berisiko berlaku jenayah seperti premis perniagaan dan rumah ibadat.

“Saya ingin mengemukakan satu isu program bandar dan desa selamat merupakan program langkah pencegahan jenayah dalam memastikam pengurangan kes jenayah bagi membolehlan penduduk hidup.

“Tempat-tempat utama yang perlu diberi perhatian kawasan tumouan kawasan perniagaan, rumah ibadat dan kawasan menjadi perkumpulan sebab apabila kawasan gelap banyak berlaku ragut,” tambahnya. -MalaysiaGazette