MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan kerajaannya merancang pembinaan sebuah jambatan yang menghubungkan Pulau Sakhalin di Timur Jauh dengan tanah besar Rusia.
“Persoalan untuk membina sebuah jamabatan antara Sakhalin dan tanah besar telah lama dibincangkan, untuk beberapa dekad. Ia telah menjadi impian penduduk yang duduk di pulau itu,” kata Putin pada mesyuarat dengan Gabenor Sakhalin, Oleg Kozhemyako.
Putin berkata, beliau telah mengatrahkan kerajaan untuk melakukan kajian kebolehlaksanaan projek tersebut, lapor RT.
Presiden Rusia itu menyedari projek tersebut akan memudahkan kehidupan penduduk terbabit.
“Anda boleh datang, meninggalkannya pada sebarang waktu sepanjang tahun, dalam sebarang keadaan cuaca,”.
“Sakhalin merupakan hanya wilayah di Rusia tanpa hubungan darat dengan tanah besar,” katanya.
Baru-baru ini Crimea dihubungkan dengan Rusia melalui jambatan terpanjang di Eropah yang dibina pada Mei.
Pembinaan jambatan di Sakhalin adalah lebih sukar dan mahal berdasarkan ia dilengkapi dengan hubungan kereta api dan infrastruktur lain.
Projek itu memerlukan peruntukan beberapa bilion dolar.
Populasi pulau itu telah menurun lebih daripada 30 peratus, kurang sedikit 500,000 orang, dalam tempoh 25 tahun berikutan lokasinya yang terpencil dan kekurangan perhubungan dengan tanah besar Rusia.
Sebelum ini Rusia pernah mencadangkan projek yang besar melibatkan cadangan pembinaan jambatan antara Pulau Hokkaido, JepunĀ yang terletak di selatan Sakhalin. – Agensi