Home Politik Zawawi tak pertahan diri, hormat kenyataan bekas calon Pas

Zawawi tak pertahan diri, hormat kenyataan bekas calon Pas

Calon Parti Keadilan Rakyat untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mengadakan sidang media mengenai perkembangan terkini persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil di Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 34, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 25 JULAI 2018

BUKIT KEMUNING – Zawawi Ahmad Mughni tidak mempertahankan dirinya bagi menjawab penafian yang dibuat bekas calon Pas untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd Yusof Abdullah bahawa dia menyokong calon PKR itu. 

Zawawi sebaliknya hanya menyifatkan ia adalah pandangan individu yang perlu dihormati.

“Bagi saya, saya menghormati pandangan semua pihak atas semangat demokrasi.

“Sesiapa pun boleh memberikan pandangan mereka sama ada mereka menyokong ataupun tidak,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama parti itu hari ini. 

Beliau juga tidak menafikan membuat kenyataan palsu yang sebelum ini mendakwa Mohd Yusof menyatakan sokongan kepadanya dan akan mengajak rakan-rakan dan keluarganya mengundi Zawawi pada 4 Ogos nanti. 

Terdahulu, Mohd Yusof menafikan dakwaan Zawawi dan mendakwa kenyataanya telah dimanipulasi. – MalaysiaGazette