KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan kononnya akan menarik balik dua pertuduhan kes rasuah terhadap Lim Guan Eng.
Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, pihaknya menafikan laporan sebuah portal berita hari ini melibatkan kes Menteri Kewangan itu.
“SPRM tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan perkara seumpama itu bagi mana-mana kes pendakwaan sebaliknya ia tertakluk kepada kuasa Pejabat Peguam Negara,” ujar kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette