Home Dunia Seksa tahanan, dua polis dihukum mati

Seksa tahanan, dua polis dihukum mati

Seorang bekas kerani firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 138 pertuduhan membabitkan pecah amanah lebih RM100,000 sejak 2012 hingga 2015.
Gambar hiasan

NEW DELHI – Dua pegawai polis akhirnya dikenakan hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang tahanan.

Keputusan itu disambut penuh kesyukuran oleh keluarga mangsa yang berjuang selama 13 tahun dalam kes tersebut di sebuah mahkamah di Kerala.

Kedua-dua suspek itu didapati bersalah kerana melakukan penyeksaan ke atas mangsa yang ditahan kerana mencuri.

Ia merupakan kali pertama hukuman seumpama itu dikenakan dalam kes kematian tahanan di Kerala.

Seorang lagi pegawai polis terlepas daripada hukuman itu kerana sudah meninggal dunia.

Dua suspek tersebut turut dikenakan hukuman penjara tiga tahun kerana cuba menutup kes pembunuhan tahanan itu.

Mangsa, Udaykumar, 26, seorang buruh bergaji harian ditahan pada 27 September 2005 kerana disyaki mencuri wang selepas berjumlah 4,000 rupee.

Pegawai polis terbabit kemudian telah membebaskan beliau selepas merampas wang berkenaan namun Udaykumar enggan pergi kerana sudah berjanji mahu membeli hadiah buat ibunya sempena festival Onam.

Mayat Udaykumar kemudian dibawa ke hospital pada petang hari yang sama.

Bedah siasat oleh doktor mendapati tubuh Udaykumar mengalami kecederaan dalaman akibat diseksa pada tahap ketiga. – MalaysiaGazette