KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa mendakwa Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan dipecahkan-pecahkan dan diagih-agihkan kepada beberapa kementerian.
Setiausaha Agung UMNO itu, pembahagian itu melibatkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Pembangunan Usahawan (KPU), Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
“Diberitakan MARA bakal difaraidkan/dipecah kecilkan dan dibahagi antara KKLW/KPU/KPM/JPM/KEKON.. MARA jadi umpama GHANIMAH (rampasan perang). Jika berlaku, YB Rina akan jaga kulit saja… segala isi dipindahkan,” katanya menerusi Twitter malam tadi.
Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Mohd Yusof memberitahu Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat keputusan mengenai kedudukan MARA dalam masa terdekat.
Buat masa ini, katanya, kawal selia dan tanggungjawab agensi Bumiputera itu dalam peringkat perbincangan Kabinet.
Bagaimanapun, secara peribadi Mohd Redzuan mahu Mara diletakkan di bawah kementeriannya walaupun sebelum ini agensi itu milik Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang kini dikenali Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
MARA merupakan, sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya. – MalaysiaGazette