Home Ekonomi Patuh keselamatan amalan TNB

Patuh keselamatan amalan TNB

Tan Sri Lee Lam Thye (tengah) dan Datuk Seri Ir. Azman Mohd (kanan) di majlis pelancaran tenaga Safety Culture sempena program Tenaga Safety Day 2018.

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) melancarkan Budaya Keselamatan Tenaga (TSC) bagi memperkukuhkan kepatuhan amalan keselamatan dalam kalangan warga kerja dan kontraktornya.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Azman Mohd berkata, TSC memberi penekanan kepada empat elemenutama iaitu menilai, patuh, tegur dan prihatin.

Katanya, inisiatif membudayakan keselamatan di tempat kerja itu adalah antara usaha TNB untuk memastikan matlamat kemalangan sifar di tempat kerja dicapai, di samping meningkatkan pematuhan terhadap peraturan kesihatan, keselamatan dan persekitaran (HSE).

Ia juga diyakini dapat meningkatkan reputasi Syarikat selain meningkatkan lagi budaya saling mengambil berat sesama warga kerja, kata Azman.

Sementara itu, Pengerusi Institut Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan Kebangsaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye pula berkata, majikan dan pengurusan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa keselamatan bukan sekadar menjadi keutamaan tetapi menjadi budaya dalam organisasi mereka.

Menurutnya, kerjasama TNB dan NIOSH telah terjalin sejak 2007 lagi, menjadikan TNB salah satu syarikat berkaitan kerajaan yang menjadi penyumbang terbesar kepada perkembangan dan pencapaian NIOSH. – MalaysiaGazette

+ posts