Home Nasional Kaji keperluan pinda undang-undang tanah

Kaji keperluan pinda undang-undang tanah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (tiga kanan) diiringi Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Yb Dr. Xavier Jayakumar (tiga kiri) menyempurnakan gimik perasmian pada Sambutan Hari Tanah Negara 2018 di PICC, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 27 JULAI 2018
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (tiga kanan) diiringi Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Yb Dr. Xavier Jayakumar (tiga kiri) menyempurnakan gimik perasmian pada Sambutan Hari Tanah Negara 2018 di PICC, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 27 JULAI 2018

PUTRAJAYA -Kerajaan sedang mengkaji keperluan untuk meminda perundangan tanah demi memantapkan  pengurusan pentadbiran, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar. 

Jelas beliau, pelaksanaan tersebut akan dinilai selaras dengan kepesatan dan pembangunan negara masa kini. 

“Untuk makluman, bagi memantapkan lagi pengurusan pentadbiran tanah, beberapa kajian sedang dilaksanakan bagi menyemak semula keperluan pindaan kepada perundangan tanah semasa agar selari dengan kehendak dan kepesatan pembangunan,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Sambutan Hari Tanah Negara hari ini.

Kementerian, tambah Xavier lagi turut  melaksanakan urban rejuvenation (peremajaan bandar) untuk bandar-bandar lama seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Georgetown. 

Dalam masa yang sama, katanya, kementerian juga berbincang dengan semua kerajaan-kerajaan negeri untuk memperkenalkan konsep pelupusan ruang udara atau spatium. 

Jelasnya, ia bertujuan bagi mewujudkan pembangunan bertindih di atas pembangunan sedia ada. 

“Konsep ini diharapkan dapat memenuhi keperluan permintaan tanah yang semakin tinggi,” tambahnya.

Turut hadir di majlis Sambutan Hari Tanah Negara, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri  Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menyempurnakan majlis perasmian selain Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.-MalaysiaGazette