Home Politik Kj harap Rafizi tak senasib dengannya

Kj harap Rafizi tak senasib dengannya

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Malaysia hari ini mengesahkan bekas anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli telah memohon pada 9 Julai pengecualian agar tidak hilang kelayakan bagi memegang jawatan dalam pertubuhan berdaftar di Malaysia.
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengambil kesempatan mengucapkan selamat berjaya kepada Rafizi Ramli yang membuat keputusan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Khairy menerusi akaun Twitternya berharap agar Rafizi tidak senasib dengannya yang kalah ketika merebut jawatan Presiden dalam Pemilihan UMNO.

“Selamat maju jaya, @rafiziramli (Rafizi). Harap keputusan kamu berbeza dengan saya,” kata Ahli Parlimen Rembau itu.

Khairy semasa pemilihan UMNO baru-baru ini merebut jawatan presiden parti bersaing Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah namun kalah.

Rafizi menyuarakan keputusan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR –  jawatan yang kini disandang oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin bagaimanapun masih belum mengumumkan keputusannya mahu mempertahankan jawatannya atau sebaliknya. – MalaysiaGazette

 

Rafizi sah bertanding jawatan Timbalan Presiden