Home Politik BN ‘jaja’ isu SST, kempen guna lori

BN ‘jaja’ isu SST, kempen guna lori

LED
Orang ramai berpeluang melihat dan mendengar rakaman video perbahasan Dewan Rakyat yang dipaparkan di skrin LED lori bergerak semasa kempen Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Pasar Malam, Lorong Haji Said, Jalan Kebun, Shah Alam. foto AFIQ RAZALI, 27 JULAI 2018.

SHAH ALAMĀ – Kempen Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis yang masuk hari ke tujuh hari ini menampilkan kelainan.

Sekumpulan pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO menggunakan lori dengan paparan panel LED di Jalan Kebun di sini bagi membantu kempen.

Meskipun calon BN, Datuk Lokman Noor Adam tidak kelihatan kerana menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO kempen berkenaan bermula pukul 5 petang itu diketuai bekas Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas, Tun Faisal Ismail Aziz.

Tun Faisal Ismail Aziz
Tun FaisalĀ  memberikan penerangan tentang cukai SST semasa kempen Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Pasar Malam, Lorong Haji Said, Jalan Kebun, Shah Alam. foto AFIQ RAZALI, 27 JULAI 2018.

Kenderaan pacuan empat roda dijadikan platform ceramah itu juga menjadi pentas kepada pimpinan Pemuda UMNO lain berceramah seperti Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

papagomo
Papagomo memberikan penerangan tentang cukai SST semasa kempen Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Pasar Malam, Lorong Haji Said, Jalan Kebun, Shah Alam. foto AFIQ RAZALI, 27 JULAI 2018.

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menjadi isu utama dalam kempen PRK Sungai Kandis di Jalan Kebun di mana Tun Faisal dan Papagomo turut mengenakan baju t-shirt berwarna putih tertera tulis SST atau Slow Slow Tipu sebagai sindiran kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kira-kira 50 jentera BN terlibat dalam walkabout dan kempen penerangan SST itu sambil mengedarkan risalah mengenai profil calon kepada pengunjung pasar malam di situ. – MalaysiaGazette