Home Politik Tarian gelek: Kerajaan PH cuba jual agama?

Tarian gelek: Kerajaan PH cuba jual agama?

Lokman Noor Adam
Lokman Noor Adam

KLANG – Tindakan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak melarang tarian gelek oleh penari berpakaian seksi bagi mengutip dana untuk Tabung Harapan disifatkan sebagai ‘menjual agama’.

Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam, keadaan itu tidak wajar dibuat untuk meraih sumbangan orang ramai walaupun atas tujuan amal.

“Dalam Islam, ini suara wanita itu pun merupakan aurat, kalau pakai baju ketat itu pun tak boleh, apatah lagi pakai pakaian tarian gelek seperti mana berlaku dalam majlis mengumpulkan dana untuk Tabung PH.

“Perkara ini sangat bahaya, ini yang dipanggil menjual agama,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette selepas perjumpaan dengan komuniti India di Kuil Devi Seri Karumariamman, Jambatan Connaught malam tadi.

Datuk Lokman Noor Adam
Calon Barisan Nasional (BN) N.49 Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam beramah mesra bersama pengundi India sempena Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.49 Sungai Kandis di Kuil Sri Maha Mariamman, Connought Bridge, Klang, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 27 JULAI 2018.

Beliau mengulas kenyataan calon PKR, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni semalam yang menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa tarian gelek yang tular di media sosial sejak Rabu lalu tidak haram jika niatnya baik.

Jelas Mohd. Zawawi, individu yang menyebarkan poster itu sengaja berbuat demikian semata-mata mahu meraih sokongan dan berharap masyarakat akan mempercayainya.

Video tersebut yang dimuat naik oleh pelbagai pengendali laman Facebook itu setakat ini ditonton lebih 70,000 kali dan mendapat lebih 2,800 tanda suka.

Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga mengingatkan calon PKR itu agar tidak bersengkongkol dengan DAP khususnya perkara yang melibatkan hal ehwal Islam.

“Rakyat boleh menilai seseorang itu, walaupun ada latar belakang agama, tetapi dia duduk dalam kelompok yang berkiblatkan kepada DAP,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tarian gelek LGBT kutip derma, apa komen Zawawi?

Tarian gelek: Lokman ketandusan idea?