LOMBOK – Gempa bumi dengan 6.4 magnitud melanda Lombok pagi ini mengorbankan tiga orang.
Seramai 12 orang dilaporkan cedera dan beberapa bangunan turut rosak.
Gempa bumi itu berlaku ketika kebanyakan penduduk sedang tidur.
Bencana alam itu berpusat 50 kilometer (31 batu) di timur laut bandar Mataram di bahagian utara pulau Lombok, kata Kajian Geologi.
Sutopo Purwo Nugroho, jurucakap agensi bencana berkata, orang ramai ramai berkumpul di jalan-jalan dan ladang kosong untuk mengelakkan runtuhan bangunan.
Sekitar 43 gempa direkodkan selepas gempa bumi kuat awal dengan kekuatan 6.4 dan gempa susulan pada magnitud 5.7, kata agensi pengurangan bencana tersebut.
Gempa utama turut dirasakan di Bali, destinasi pelancongan utama Indonesia.
Gempa juga mungkin memberi kesan kepada taman negara Gunung Rinjani, destinasi pendakian yang popular.
“Pendakian gunung Rinjani ditutup sementara kerana terdapat tanda-tanda tanah runtuh di sekitar gunung,” kata Nugroho dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette