Home Nasional Saspek Ri Jong Chol dibawa keluar dari IPD Sepang

Saspek Ri Jong Chol dibawa keluar dari IPD Sepang

Tepat jam 10pagi seorang suspek tahanan reman warga Korea Utara, Ri Jong Chol (kanan) dibawa keluar dari lokap oleh anggota polis berikutan kes kematian Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara yang dipercayai mati dibunuh di klia2 pada 13 Februari lalu, di Ibu Pejabat Daerah Polis Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 24 FEBRUARI 2017.

SEPANG – Ri Jong Chol, salah seorang daripada tiga saspek yang ditahan reman seminggu lalu telah dibawa keluar dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Beliau dibawa keluar tepat pukul 10 pagi sambil iringi oleh anggota polis.

Lelaki warga Korea Utara itu telah ditahan sebelum ini bersama dua wanita yang menggunakan pasport Vietnam, Doan Thi Huong, 28 dan Siti Aishah, 25, yang mengggunakan pasport Indonesia.

Media tempatan dan antarabangsa bersiap sedia bagi merakamkan pergerakan suspek selepas tepat jam 10pagi seorang suspek tahanan reman warga Korea Utara, Ri Jong Chol dibawa keluar dari lokap oleh anggota polis berikutan kes kematian Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara yang dipercayai mati dibunuh di klia2 pada 13 Februari lalu, di Ibu Pejabat Daerah Polis Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 24 FEBRUARI 2017.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini memberitahu, ketiga-tiga mereka akan dilanjutkan tahanan reman bagi siasatan kes kematian Kim Jong-nam pada 13 Februari lalu.

Sementara itu, di IPD Sepang, sekumpulan media tempatan dan asing berkumpul bagi merakamkan pergerakan tahanan yang dijadualkan akan dilanjutkan reman hari ini. – MalaysiaGazette