Home Dunia Lima maut dalam serangan di rumah penjagaan

Lima maut dalam serangan di rumah penjagaan

Gambar hiasan

TEXAS – Lima maut termasuk seorang lelaki bersenjata yang menyerang sebuah pusat penjagaan di Texas dan di kediaman salah seorang penduduk yang terbunuh.

Polis di Robstown, Texas berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7 malam.

Setiba di sana mereka mendapati dua lelaki dan seorang wanita mati, kata Herman Rodriguez, Setiausaha Bandar Robstown.

Polis kemudian menemui dua lagi mayat di kediaman salah seorang daripada mangsa yang dibunuh di pusat penjagaan itu.

“Jenayah ini berkaitan,” katanya.

Setakat ini kes itu masih disiasat. – MalaysiaGazette