KUALA LUMPUR – Masalah pakaian terkena pelbagai jenis kotoran akibat tumpahan makanan dan minuman mahupun dakwat pen sering membelenggu masyarakat.
Bagi golongan wanita pula, masalah mereka lagi bertambah apabila tudung kesayangan melekat pula dengan warna gincu bibir ataupun alat kosmetik lain.
Kejadian yang berlaku tanpa disangka itu pasti memeningkan kepala kerana kotoran terbabit walaupun hanya sedikit tompokan boleh mencacatkan penampilan.
Mereka yang menghadapi masalah pakaian terkena kotoran terbabit juga tidak lari menjadi mangsa ejekan kerana selain kelihatan selekeh juga dituduh tidak berhati-hati.
Menyedari masalah itu, Success Rich Marketing memperkenalkan produk pembersih Clean Sprayz yang mampu menghilangkan kotoran yang melekat pada pakaian atau sebarang fabrik dalam tempoh 30 saat tanpa perlu merendam dalam air.
Uniknya, pembersih jenis semburan yang diformulasi tanpa bahan peluntur tidak akan merosakkan warna fabrik ini mampu mencuci pelbagai jenis kotoran hanya dengan tiga cara ringkas iaitu sembur, gosok dan lap.
Produk pencuci segera ini turut mengandungi ekstrak pewangi yang mampu menghilangkan bauan kurang menyenangkan terutama daripada tumpahan makanan dan tahan sehingga 200 semburan.
“Clean Sprayz adalah penyelesaian yang amat mudah dengan kadar segera tanpa perlu mengeluarkan belanja besar. Paling penting, semburan ini praktikal digunakan di mana-mana saja kerana saiz botolnya yang kecil dan mudah dibawa.
“Hanya perlu sembur pada kotoran dan kemudian digosok dan dilap dengan tisu basah sehingga hilang. Tanpa perlu bersusah payah, kaedah pembersihan yang ringkas ini sangat mudah dan pantas serta sesuai untuk semua jenis fabrik,” kata, Pengasas Clean Sprayz, Amiruddin Ahmad.
Beliau berkata demikian selepas Acara Menghilangkan Kotoran 100 Tudung Serentak Dalam Masa 30 Saat di sini baru-baru ini.
Amiruddin turut mensasarkan pengguna produk pencuci segera itu daripada kalangan mereka yang mementingkan penampilan bersih terutama golongan yang bekerja di pejabat dan tetamu yang menghadiri majlis jamuan.
“Lazimnya, wanita yang cerewet mengenai penampilan mereka dan akan rasa malu jika terdapat tompokan kotoran pada pakaian dan tudung dipakai. Seboleh-bolehnya, mereka mahu kotoran itu segera hilang sehingga ada yang sanggup menukar pakaian dan tudung atau meninggalkan majlis awal kerana mahu mengelak timbul rasa malu.
“Disebabkan itu, kami tawarkan penyelesaian dalam botol kecil hanya dalam tempoh 30 saat. Dengan saiz 30 mililiter (ml), semburan ini mudah disimpan dalam tas tangan dan digunakan tanpa membilas dengan air,” katanya sambil memberitahu produknya itu sudah terjual 130,000 botol.
Menurut Amiruddin, Clean Sprayz yang berada di pasaran sejak Disember tahun lalu dengan modal permulaan sebanyak RM2,500 mendapat permintaan tinggi apabila terjual sebanyak 10,000 unit dalam masa tujuh hari selepas melancarkan jualan atas talian.
“Awalnya, produk pencuci segera ini dijual langsung secara kecil-kecilan dalam program bersama pelajar institut pengajian tinggi (IPT). Ini bertujuan untuk pihak syarikat memahami kehendak dan keadaan pasaran.
“Kemudian pada awal Ramadan lalu, kami lancarkan jualan atas talian menggunakan ‘orang tengah’ (dropship) sebelum dibuka untuk stokis dan ejen jualan,” katanya yang mensasarkan jualan sehingga 50,000 unit sebulan.
Selepas pelancaran Clean Sprayz yang mengambil masa dua bulan untuk dihasilkan (R&D), beliau berharap dapat menjadi pelopor dalam rangkaian produk pembersihan segera dan merancang pengeluaran beberapa produk lain seperti Spray Pencuci Beg Tangan, Spray Pembersih Laptop dan banyak lagi.
Sementara itu, Amiruddin merupakan bekas jurutera telekomunikasi selama lebih 15 tahun sebelum membabitkan diri dalam perniagaan atas talian sejak 2011. Kini, beliau adalah seorang guru strategi perniagaan yang membantu ramai usahawan atas talian.
Pengalaman membimbing ramai usahawan untuk berjaya dengan produk jenama sendiri, daripada situ timbul kesedaran untuk Amiruddin mengeluarkan produk sendiri bagi membuktikan bahawa tunjuk ajarnya yang menggunakan strategi yang betul mampu menghasilkan perniagaan yang berjaya.
Dalam pada itu, bagi yang berminat menjadi ejen Clean Sprayz, mereka boleh menghubungi nombor talian 0199703000. – MalaysiaGazette