JERUSALEM – Perkhidmatan penjara Israel berkata ia telah membebaskan gadis Palestine, Ahed Tamimi.
Jurucakapnya, Assaf Librati berkata, Tamimi dan ibunya, Nariman dibebaskan awal hari ini. Mereka dibawa ke wilayah Palestin oleh tentera Israel, lapor AP.
Gadis berusia 17 tahun itu dipenjarakan selama lapan bulan kerana menampar dan menendang tentera Israel.
Gadis yang mudah dikenali kerana rambutnya yang kerinting menjadi simbol tentangan pencerobohan Israel selama setengah abad.
Di Israel, gadis itu dilihat sebagai seorang penghasut, pengganggu atau pengancam kepada dasar pencegahan tentera.
Para penyokong beliau sedang bersedia menyambut kepulangannya di kampung Nabi Saleh, Tebing Barat hari ini.
Kediaman keluarga beliau telah dihiasi dengan bendera Palestin. – Agensi