OSLO – Tindakan pekerja sebuah kapal persiaran yang menembak seekor beruang kutub mencetuskan kritikan orang ramai.
Dalam kejadian Sabtu lalu, seekor beruang kutub ditembak mati selepas mencederakan pengawal kapal semasa dalam pelayaran di Artik, di Norway.
Penyelarasan Penyelamat Bersama untuk utara Norway berkata, serangan itu berlaku ketika kapal pelancong MS Bremen mendarat di pulau paling utara di kepulauan Svalbard, sebuah wilayah antara tanah besar Norway dan Kutub Utara yang dikenal dengan glasier, rusa dan kutub beruang.
Jurucakap syarikat Hapag Lloyd Cruises Jerman, yang mengendalikan MS Bremen, berkata, dua pengawal beruang kutub yang dibawa dalam kapal itu telah pergi ke pulau itu dan salah seorang daripada mereka “diserang oleh beruang kutub dan cedera di kepalanya”.
Beruang itu ditembak mati dalam usaha mempertahankan diri oleh pengawal yang lain, kata, Negar Etminan.
Kejadian itu menjadi tular selepas gambar seekor beruang kutub terdampar disebarkan melalui media sosial.
Pengawal yang cedera telah dikejarkan ke hospital dengan helikopter dan kini dilaporkan stabil. – MalaysiaGazette