Home Uncategorized Pendirian Australia tentang Sirul Azhar dibincang minggu ini – PM

Pendirian Australia tentang Sirul Azhar dibincang minggu ini – PM

Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir Mohamad. foto MIRZA HASIM, 20 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mendapatkan pendirian pihak berkuasa Australia mengenai keinginan Malaysia untuk mengekstradisi bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Siru Azhar Umar dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Australia, Julia Bishop minggu ini.

“Bukan sahaja isu berkaitan Sirul Azhar tetapi ada beberapa lagi perkara yang akan dibincangkan dengan Bishop pada pertemuan minggu ini.

“Tidak secara khusus tentang isu ektradisi Sirul Azhar, sebaliknya perkara lain termasuk pendirian kerajaan Australia tentang perkara ini,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hasrat kerajaan mahu mengektradisi Sirul Azhar yang dijatuhkan hukuman mati kerana terbabit dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sirul Azhar berada di Pusat Tahanan Imigresen Brisbane, Australia sejak 20 Januari 2015 selepas melarikan diri ke negara itu pada Oktober 2014 ketika menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.

Pada 2009, Sirul Azhar dan seorang lagi bekas pegawai UTK, Azilah Hadri dijatuhkan hukuman kerana membunuh Altantuya 11 tahun lalu.

Selepas dijatuhkan hukuman mati pada 2015, kerana tidak menghadiri prosiding mahkamah, Sirul Azhar kemudian ditahan imigresen Australia.

Mengikut undang-undang Australia, kerajaan negara itu diwajibkan memberi visa perlin­dungan apabila pemohon melanggar hak asasi manusia .

Dalam undang-undang itu turut termaktub, pemohon tidak layak dilindungi seandainya terlibat dengan jenayah kemanusian dan perang sebelum memasuki negara itu. –MalaysiaGazette