Home Dunia Trump tawar diri bertemu Rouhani

Trump tawar diri bertemu Rouhani

Hassan Rouhani. foto Agensi

WASHINGTON – Donald Trump menawarkan untuk bertemu dengan pemimpin Iran dengan “tidak ada prasyarat” dan “bila-bila masa”.

“Saya akan berjumpa dengan sesiapa sahaja, saya percaya pada pertemuan,” kata Presiden Amerika Syarikat kepada wartawan di White House.

Pendekatan untuk mendamping itu timbul selepas Trump dan Presiden Iran, Hassan Rouhani saling memberi amaran pada awal bulan ini.

Ia susulan selepas Amerika Syarikat menarik semula perjanjian untuk membanteras kegiatan nuklear Iran bagi mengenakan sekatan antarabangsa terhadap Tehran.

Pada bulan Mei, AS meninggalkan perjanjian yang membanteras kegiatan nuklear Iran sebagai balasan untuk mengangkat sekatan antarabangsa.

Washington sedang bersedia untuk mengenakan semula sekatan ke atas Tehran meskipun ditentang oleh United Kingdom, Perancis, China, Rusia dan Jerman.

Perjanjian 2015 itu ditarik semula selepas Amerika Syarikat yang merupakan sekutu Israel dan Arab Saudi mengesyaki aktiviti Iran di Timur Tengah.

Arab Saudi dan Israel merupakan musuh Iran.

“Jika mereka mahu berjumpa, kita berjumpa,” kata Trump.

Bagaimanapun, Hamid Aboutalebi, penasihat kepada Rouhani dalam maklum balas kepada cadangan Trump berkata: “Kembalikan perjanjian nuklear dan hormati hak Iran sebagai sebuah negara”.

Jika perbincangan itu berlaku, ia merupakan pertemuan pertama antara kedua-dua pemimpin negara sejak sebelum Revolusi Iran pada tahun 1979. – MalaysiaGazette

+ posts